Cerita Sumpah Ikan Tapah di Tanah Melayu

March 10, 2017 by  
Filed under Festival Budaya

Percaya atau tidak, ia memang benar-benar berlaku, betul atau salah kefahaman datuk nenek dahulu, Tuhan Allah jua yang Maha Mengetahui. Setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini pasti ada hikmah disebaliknya.Kisah yang akan dipaparkan ini mungkin tidak menepati kejadian atau sejarah yang sebenar. Penulis mendengar sendiri cerita ini dari arwah nenek yang disampaikan kepada anak cucu untuk dijadikan tauladan dan sempadan.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, serta Tanah Melayu sering dijajah oleh orang-orang  barat, masyarakat Melayu yang hidup di pesisiran Sungai Perak hanya hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Untuk meneruskan kehidupan, ada yang sanggup jadi talibarut Jepun (Jepang) dan ada pula yang sanggup masuk ke hutan untuk menentang penjajah British. Sebahagian yang bernasib baik dapat jadi asykar British (Inggris) dan ada pula yang terus jadi Asykar (tentara) Melayu.

Bagi penduduk di sekitar Mukim Lambor Kiri, banyak bergantung kepada rezeki di bendang, kebun getah (karet) atau di sungai. Semua sumber pencarian hidup ini adalah dalam skala yang kecil.

Dikalangan masyarakat Melayu di Lambor Kiri, Parit, Perak, Malaysia  terdapat satu kisah yang sangat terkenal mengenai emas Ikan Tapah. Kisah ini berlaku kepada seorang pendatang yang bergelar Pak Kaduk yang hidup ditengah masyarakat yang gemar berjudi dan menyabung ayam.

Seperti juga maksiat yang lain, apabila telah  menceburkan diri ke dalam maksiat, maka  sukar untuk meninggalkannya. Habis semua harta yang ada terjual, bak kata orang tua-tua bergolok bergadai atau tinggal sehelai sepinggang.

Pada suatu hari, semasa mengenangkan hidupnya yang amat malang, beliau ternampak (melihat)  seekor kucing datang menuju kerumahnya sambil mengeluarkan suaranya seolah-olah mengajak beliau ke suatu tempat.

Ketika kucing tersebut menghampirinya serta menggesel-geselkan kakinya, ia terus berbunyi seolah-olah ingin menyatakan sesuatu. Pak Kaduk masih tidak memahami petunjuk yang terjadi dihadapannya. Kucing tersebut kemudian berjalan menuju kearah sungai.

Perbuatan ini diulang tiga kali, dan pada kali ketiga beliau terus mengekori (mengikuti) kucing itu sehingga ke sungai. Alangkah terkejutnya apabila sampai di sungai beliau terlihat seekor Ikan Tapah besar terdampar di tebing sungai.

Pak Kaduk langsung mengambil ikan tersebut yang didapati perutnya agak besar. Lantaran telah menjadi begitu miskin beliau tidak lagi mempunyai pisau untuk menyiang ikan tersebut. Hanya yang ada hanya alat tuai padi yang terselit di atap rumahnya.

Alangkah terkejutnya apabila perut ikan itu dibedah, beliau dapati ada segumpal emas yang amat berharga, sehinga dapat memberi sedikit kelegaan kepada kehidupannya.

Ikan tersebut tidak dimakan dan dilepaskan kembali ke sungai setelah dijahit. Dalam keadaan yang amat gembira itu, beliau terus bersumpah dengan mengharamkan tujuh keturunannya untuk memakan jenis Ikan Tapah.

“Sesiapa sahaja yang memakannya akan menerima salah satu dari dua akibatnya yaitu menjadi papa (miskin) atau mendapat sakit gatal pada kulit,” ucap Pak Kaduk.

Alhamdulillah, bagaimanapun kesan sumpah ini boleh (dapat)  dibatalkan dengan meminum air rendaman emas yang diperoleh dari perut ikan tapah tersebut.

Sehingga kini emas tersebut masih ada lagi di Lambor Kanan pada salah seorang keturunanya bernama Hjh Hasmah. Ramai (banyak juga) juga yang telah meminum air rendaman emas tersebut termasuklah nenek penulis sendiri.

لاَّ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِيَ أَيْمَانِكُمْ وَلَكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun (Al Baqorah -25) – Sumber : http://alialfalah.blogspot.co.id/2010/07/sumpah-ikan-tapah.html (foto:istimewa)

 

Respon Pembaca

Silahkan tulis komentar anda...





Redaksi menerima komentar terkait artikel diatas. Isi komentar menjadi tanggung jawab pengirim. Redaksi berhak tidak menampilkan komentar jika mengandung perkataan kasar, menyinggung, mengandung fitnah, tidak etis, atau berbau SARA.